Perunding

User Rating:  / 0

Kami menawarkan khidmat nasihat berkenaan dengan pelaburan emas. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada anda. Antara khidmat nasihat yang kami berikan adalah :

  • Celik dan bijak emas.
  • Cara membuat pelaburan emas.
  • Cara menjalankan perniagaan emas.

Perunding Pelaburan Emas Anda:

Abd Razak Ismail

En. Abd Razak bin Ismail dilahirkan pada 23 November 1963. Beliau mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Beliau merupakan pemegang sijil Kemahiran Elektrikal kategori A4. Beliau telah menubuhkan dan menerajui syarikat kontraktor selama 20 tahun. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan perniagaan, pemasaran dan jurulatih teknikal. Kini beliau terlibat dengan perniagaan Emas Pelaburan menerusi syarikat Saudagar Emas Consulting & Services. Beliau ingin berkongsi ilmu emas kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Puan Rosiatapati Md Isa

Pn. Rosiatapati binti Md Isa dilahirkan pada 10 mac 1981. Beliau mendapat pendidikan akhir di Politeknik Shah Alam dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan. Memulakan kerjaya di sebuah syarikat kontraktor sebagai Pengurus Pentadbiran & Kewangan. Mempunyai pengalaman dalam menguruskan bahagian pentadbiran dan kewangan selama 7 tahun. Kini beliau bergiat aktif dalam perniagaan jual beli emas di syarikat Saudagar Emas Consulting & Services. Beliau berharap saluran maklumat menerusi www.saudagaremas916.com dapat membantu dan mendidik rakyat Malaysia mengenai pelaburan emas.

 

 

Saudagar Emas Consulting & Services

User Rating:  / 0

Saudagar Emas Consulting & Services didaftarkan pada 22 Disember 2010. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya (100%) oleh bumiputra.

Syarikat ini menawarkan khidmat nasihat perniagaan dan pelaburan emas. Disamping membeli dan menjual emas pelaburan yang terdiri daripada dinar, syiling emas dan jongkong emas.

Matlamat syarikat ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi ilmu berkenaan peluang peniagaan dan pelaburan emas dengan seluruh rakyat Malaysia. Dengan ilmu yang betul, tindakan tepat dan masa yang sesuai mampu untuk menjana keuntungan yang lumayan.