Celik Emas

User Rating:  / 0

1. Bukti kekayaan seseorang individu.

1. Emas berwarna kuning yang tidak akan pudar.
2. Emas tidak mudah dihapuskan.
3. Emas tahan lasak.
4. Nilai emas tidak terjejas walaupun dibahagikan kepada beberapa unit.
5. Emas sukar dimiliki.

______________________________________________________________________________

2. Emas mempunyai nilai peningkatan yang konsisten.

Harga emas semakin meningkat dalam masa 10 tahun seperti yang terdapat dalam graf dibawah.

*Sejarah harga emas 10 tahun lalu

Graf dan carta peningkatan nilai emas boleh dilihat di www.kitco.com dan http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg.

_______________________________________________________________________________

3. Penurunan nilai matawang

Nilai matawang akan turun dalam jangka masa panjang. Kenaikan harga barang semakin meningkat kerana kuasa beli wang kertas semakin berkurangan. Perbandingan emas dan wang kertas adalah seperti berikut:

Daripada graf di atas kita dapat lihat:

Nilai emas semakin meningkat
Nilai wang kertas semakin menurun
Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.

_______________________________________________________________________________

4. Logam paling berharga.

Emas ialah aset paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Emas diterima di seluruh dunia dengan nilai yang sama berbanding wang kertas.

*Emas VS wang kertas

_______________________________________________________________________________

5. Emas tidak boleh dikuasai.

Emas sukar diperolehi. Oleh itu, kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati seperti wang kertas. Maka nilai emas berbeza dibandingkan dengan wang kertas.

Bukti kegagalan wang kertas:

1. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
2. Hungary 1945-1946
3. Chile 1971-1981
4. Peru 1988-1991
5. Angola 1991 – 1999
6. Yugoslavia 1992-1995
7. Belarus 1994-2002
8. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
9. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
10. Zimbabwe 2000-2009

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:

Republik Weimer Jerman (1922-1923)

 

Pada akhir 1922, Jerman tidak mampu lagi membayar gantirugi-gantirugi semasa peperangan yang telah ditetapkan oleh Treaty of Versailles. Oleh yang demikian, ekonomi di Jerman menjadi semakin lemah. Kerajaan Jerman telah mengambil keputusan untuk mencetak matawang tanpa had kerana ingin membayar faedah para pekerja dan hutang-hutang antarabangsa. Disebabkan hal ini, matawang manjadi semakin tidak bernilai. Pada tahun yang sama, denominasi terbesar Papiermark ialah 50,000 dan setahun kemudian ia meningkat menjadi 100trilion. Ini bererti pada Disember 1923, kadar pertukaran dengan US Dollar ialah 1 bersamaan 4.2trilion. Oleh itu, kadar inflasi tahunan telah dianggar sebanyak 325,000,000% sekaligus menunjukkan kos barangan bertambah setiap dua hari. Berhubung dengan itu Rentenmark telah diperkenalkan pada kadar 1 bersamaan 1trilion. Bayaran-bayaran pampasan diteruskan dan akhirnya Perancis dan Belgium mengundur diri dari negara itu.

Hungary (1945-1946)

 

Zaman kemelesetan telah menarik Pengi Austria dimana diperkenalkan dengan kekuatan besar sebagai pengganti Korona Hungary Austria pada 1926 di setiap Treaty of Resailles. Perang dunia kedua telah memberi kesan kepada Hungary. Pada tahun 1944, denominasi tertinggi Pengo Hungary sebanyak 1,000 nota dan setahun kemudian meningkat kepada 10,000. Di pertengahan 1946, ia meningkat sebanyak 10,000,000,000,000,000,000. Menyedari tahap inflasi yang semakin melampau dan kadar denominasi yang menaik dengan tidak stabil selepas 20 tahun, Pengo telah diganti dengan Forint. Semasa penggantian Pengo ke Forint, kadar pertukaran matwang ialah 400 bersamaan dengan 1. Nilai ini adalah sama seperti 11.74 Forint ditukar kepada $1USD. Kadar inflasi semakin meningkat dan nilai pertukaran sekarang telah mencecah 195.2 Forint bersamaan $1USD. Jangkaan semasa penggantian matawang, pusingan nilai matawang rakyat Hungary menyamai kurang daripada 1 per seribu daripada 1 dolar AS.

Chile (1971-1981)

Selepas peningkatan pejabat presiden, Presiden Sosialis Salvador Allende memerintahkan industri-industri di Chile akan dimiliknegarakan. Hutang menyebabkan masalah pengurusan kerajaan di masa akan datang bermula dengan pengaliran wang dimana untuk membiayai kerugian dan Chilean Center Bank akan mencetak matawang tanpa had sehingga di tahap membimbangkan. Ini menyebabkan kadar inflasi di akhir tahun 1972 dan akhirnya memuncak ke 1200% sebelum akhir 1973. Pada tahun 1985, Escado (1960-1975) diganti dengan New Peso pada kadar 1000 bersamaan 1. Selain kemelesetan kecil pada tahun 1981, ekonomi Chilean telah pulih dan sebahagian besarnya berikutan keputusan kerajaan untuk menjual perusahaan-perusahaan negeri yang baru diperoleh.

Argentina (1975-1992)

 

Pada tahun 1973, Argentina mengalami krisis minyak dan politik yang tidak stabil. Konflik semakin memuncak pada tahun 1975 apabila berlaku kemelesetan yang tidak dapat dielakkan. Kerajaan Argentina telah memburukkan lagi keadaan dengan menolak daripada meminjam untuk menutupi bajet mereka dan defisit perdagangan. Pada tahun yang sama denominasi Peso Argentina terbesar ialah 1,000 dan setahun kemudian 5,000 nota telah diperkenalkan. Pada tahun 1979, wang kertas 10,000 Peso telah dikeluarkan dan 1981 Argentina Central Bank telah memperkenalkan nota 1,000,000 Peso. Diantara tahun 1981 dan 1982, ekonomi Negara semakin menurun dan keadaan menjadi semakin teruk, KPNK Argentina jatuh sebanyak 12% dimana ia adalah kemelesetan paling teruk sejak The Great Depression. Apabila matawang diubah semula pada tahun 1983, 1 Peso Argentina telah ditukar kepada 10,000 Peso yang lama. Pada tahun1985, Austral telah diperkenalkan dimana menggantikan Peso Argentina pada kadar 1 bersamaan 1,000. Pada tahun 1992, sekali lagi Peso baru ditukarkan kepada Austral dimana 1 bersamaan 10,000. Daripada peristiwa ini, terdapat pekeliling merujuk sebagai “Perbarisan Menzero Senjata” iaitu 1 Peso baru bersamaan 100,000,000,000 Peso pada awal ’83.

Peru (1988-1991)

 

 

Semasa 1980-an, pihak kerajaan telah menaikkan perbelanjaan awam, menswastakan perusahaan dan mengabaikan servis hutang dinar negara. Pada akhir tahun 1990, ekonomi Peru yang kecil telah memberi laluan dimana menarik pelaburan asing secara langsung menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang negatif, defisit disana sini serta inflasi yang melampau. Apabila inflasi semakin ketara, kerajaan Peru telah menggantikan peru “old” Sol dengan Inti pada tahun 1985 dengan kadar seratus bersamaan 1. Denominasi terbesar bagi matawang baru ialah sebanyak 1,000 nota. Dalam masa dua tahun, inflasi bulanan menaik sebanyak 132% dalam bulan September, 1988 dan kemudian 400% pada September 1990. Nota terbaru diperkenalkan seperti 10,000,000 Inti pada 1991 untuk memudahkan peningkatan harga barang dan servis baru. Kerajaan Peru mengambil keputusan untuk mengganti matawang dengan Neuro Sol pada kadar 1,000,000,000 bersamaan 1. Hasilnya matawang mencecah nilai 1bilion ganda hanya dalam masa 6 tahun.

 

Angola (1991 – 1999)

Angola pernah mengalami perang saudara dari tahun 1975 sampai 2002. Konflik ini telah meletakkan satu tarikan besar kepada ekonomi Negara serta matawangnya iaitu Kwanza. Pada 1991, nota terbesar ialah denominasi 50,000 Kwanza. Pada tahun 1194, 500,000 wang kertas dikeluarkan. Manakala pada tahun 1995 pula, penyesuaian Kwanza (Kwanza reajustado) telah diperkenalkan 1000 Kwanza. Denominasi matawang baru juga ialah 500,000. Apabila negara menukar matawang sekali lagi pada tahun 1999. Kwanza baru telah diperkenalkan ditukar kepada 1,000,000 daripada reajustado dan pada masa ini matawang baru bersamaan satu billion daripada Kwanza awal tahun ’91.

Yugoslavia (1992-1995)

Antara tahun 1988 dan 1989, denominasi terbesar Dinar Yugoslavia ditukar daripada 50,000 ke 20,000 nota. Dinar ditukar kepada dinar baru pada tahun 1992 pada kadar 1 bersamaan 10 dengan mendenominasi terbesar sebanyak 50,000 dan mencecah 10,000,000,000 pada tahun 1993. Kerajaan telah menyingkirkan enam sifar ketika inflasi menaik dengan menggantikan dinar lama kepada baru pada kadar 1 bersamaan 1,000,000,000. Pada bulan Januari 1995, harga telah menaik sebanyak kuadrilion peratus dalam masa dua tahun dan hasilnya German Mark menjadi negara matawang kertas. Semasa inflasi melampau di tahap tinggi, anggaran inflasi meningkat dengan kadar 100% sehari. Malah ramai rakyat Yugoslavia ketika ini cuba tidak membayar bil-bil mereka selama yang mungkin kerana dalam beberapa minggu jumlah hutang seperti akan menjadi murah.

Belarus (1994-2002)

Selepas Cold War, kebanyakkan negeri-negeri timur Bloc yang baru merdeka mula berdepan dengan pergolakan matawang dan mengamalkan ekonomi berasaskan pasaran. Semasa kemerdekaan, ekonomi Belarus agak membangun dan rakyat berpeluang hidup sebaris dengan timur eropah. Pada tahun 1993, putaran denominasi Belarus yang terbesar ialah 5,000 Rubles. Hamper sedekad denominasi ini meningkat kepada 5,000,000 nota. Dalam usaha menukar matawang, kerajaan telah menukar Ruble baru dengan kadar pertukaran 1 bersamaan 1,000 Ruble “lama”. Sekarang ini, denominasi tertinggi ialah 100,000 nota dimana bersamaan dengan 100,000,000 Ruble 1993. Orang ramai mengkreditkan kadar-kadar tinggi inflasi dibawah kepimpinan Lukashenko yang telah berkhidmat sejak tahun 1994. Sehingga sekarang 80% industri-industri diadakan negara telah dimiliknegarakan.

Zimbabwe (2000-2009)

Apabila Zimbabwe telah merdeka pada tahun 1980, dolar Zimbabwe sebenarnya dinilai lebih tinggi daripada dolar AS pada kadar 1 bersamaan 1.25. Melalui siri rampasan tanah berasaskan bangsa dipersoalkan dan cetakan wang berleluasa, dolar Zimbabwe mula mengalami inflasi yang berleluasa di awal abad ke-21. Pada tahun 2004, inflasi mencecah tahap tinggi iaitu 624% sebelum kembali menurun 3 digit pada tahun 2005 dan kemudian menaik sehingga 1730% pada tahun 2006. Pada bulan Ogos 2006, matawang telah digantikan kepada dolar baru Zimbabwe pada dolar 1 bersamaan 1,000. Pertengahan tahun 2007, inflasi tahunan meningkat sebanyak 11,000%. Pada tahun 2008, 100milion dan 250milion dolar Zimbabwe baru mendenominasi nota dikeluarkan dan kurang daripada 2 minggu, 500milion nota ZWD diperkenalkan (nilai lebih kurang $2.50). Kurang dari seminggu 5B, 25B dan 50B ZWD diperkenalakan dan pada Julai denominasi 100B diperkenalkan. Pada Ogos 2008, kerajaan mengurangkan sifar daripada matawang dimana 10bilion ZWD bersamaan 1 ZWD baru dengan anggaran kadar inflasi tahunan lebih kurang 500quantilion peratus dengan kadar bulanan 13bilion peratus.

_______________________________________________________________________________

Subcategories