Menabung, untuk menambah wang atau menambah untung
- Details
- Category: Uncategorised
- Published on Wednesday, 20 July 2011 16:10
- Written by Administrator
- Hits: 178
Anda pasti telah didedahkan dengan aktiviti menabung sejak dari kecil lagi. Sudah tentu aktiviti menabung adalah sesuatu yang amat baik, cuma pada masa kini tidak semua kegiatan menabung mampu memberikan keuntungan.
Kini, aktiviti menabung harus menekankan konsep menambah keuntungan. Menabung juga didefinasikan sebagai menyimpan aset untuk mendapatkan keuntungan. Kita perlu sedar matlamat kita menabung untuk apa, supaya kita tidak menyesal di kemudian hari apabila hasil tabungan kita tidak dapat digunakan untuk apa-apa pun.
Kita harus sedar dan pandai memilih cara menabung, di mana harus menabung dan menabung apa yang boleh memperolehi keuntungan. Jika tersalah pilih aktiviti tabungan kita boleh menjadi aktiviti membuang wang.
Jika kita ingat kembali bagaimana cara orang-orang dahulu menabung. Mereka akan menyimpan wang di bawah bantal atau di dalam tabung. Apabila sistem bank telah ada mereka menyimpannya di dalam bank kerana lebih selamat dan mendapat tambahan pulangan berbentuk faedah. Adakah cari ini menambahkan kuantiti wang atau menambahkan keuntungan?.
Cuba kita lihat pengiraan di bawah untuk menjawab persoalan di atas?
Nilai tabungan pada 2009 RM 100,000
Kadar faedah diperlehi RM 5,000
Jumlah tabungan 2010 RM 105,000
Tolak zakat 2.5% (RM 2,625)
Jumlah tabungan selepas zakat RM102,375 (menunjukkan pertambahan bilangan wang)
(-)pengurang kuasa beli wang 4% (RM 4,095) (Inflasi)
Nilai kuasa beli wang RM 98,280
Secara umumnya kita mengira keuntungan melalui bertambahan bilangan, hakikatnya kita harus mengira keuntungan melalui kuasa beli wang tersebut. Sekarang anda dapat jawapan dari soalan tadi, menyimpan wang pada masa kini hanya menambah bilangan wang tapi menyusutkan kuasa beli wang tersebut. Apabila menyimpan wang, anda akan mengalami kerugian.
Justeru, cara tabungan bagaimana yang boleh menambahkan keuntungan? Jawapannya adalah menabung dengan Dinar Emas. Purata kenaikan emas setiap tahun adalah 34%. Jika anda menyimpan nilai dinar emas bernilai RM100,000 pada tahun 2009, tahun berikutnya nilai dinar emas anda telah berganda kepada RM134,000. Ini menunjukkan kuasa beli dinar anda telah meningkat sebanyak RM34,000 dari tahun sebelumnya.
Berbalik kepada soalan pertama tadi ‘Anda mahu mencari wang atau mencari keuntungan dari tabungan? Jika anda bijak, pasti anda memilik untuk menabung dinar emas sama seperti saya.



